PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Wednesday, August 30, 2006

Analisis artis???


Aku lalu di tepi sekumpulan kekawan tadi. Hangat bincang nampak! Curious - aku singgah. Oooo... bincang hal Mawi-Ina (dalam perkataan lain - mengumpat!). Lawak manusia ni. Cara diorang berbincang - menganalisis cara 'orang A' bercakap, cara 'orang B' bercakap - fuh! ngalahkan psikologis lagaknya. Aku seperti biasa terpinga-pinga ... aku tak tengok rancangan malam 'bersejarah' tu. Kalu tak silap malam tu, aku tengok CSI, kendian ... Criminal Minds. Tapi ini adalah biasa bagi aku, bila tiba hal artis Melayu/Islam je... aku terus tukar channel - meluat! Jadi bila orang dok kata apa-apa ... aku akan jadi seperti orang dari planet Marikh!!! (Untuk makluman - gambar di atas adalah planet tersebut) Prinsip aku mudah - Kita - kalau meluat- buat cara orang meluat - tak payah ambik tahu langsung! Kecuali kalau mereka tu MELAMPAU MENGHINA ISLAM. Masa tu, kena ambil tahu. Masa tu, kalau kita TIDAK MENEGUR - kita BERDOSA! Kekadang aku fikir orang yang dok bercakap hal artis ni pun satu hal - apa yang depa dapat dengan mengkritik, menjaga tepi kain artis tu? Jadi kaya ke? Kalau wartawan ...biasa la MEMANG KERJA diorang jaga tepi kain orang lain! Masa kita di dunia ni bukannya lama. Paling lama pun 100 tahun (by the way, the oldest man on earth ... baru je meninggal dunia ... bukti yang kita semua tahu, kita akan MATI) Jadi, bila MATI ITU WAJIB, ... bukankah ANALISIS AMALAN sendiri itu lebih baik????

Monday, August 28, 2006

Pangkat dan Kuasa …


Hari ini aku sempat berbual dengan rakan sekerja aku. Perbincangan yang hangat tentang kenaikan pangkat dalam organisasi. Dia begitu bersemangat menyatakan pendapatnya tentang apa yang sedang berlaku dalam organisasi. Tidak dapat disangkal apa yang dikatakannya adalah benar. Kesimpulan yang dapat aku buat tentang dia ialah - kalau dia yang diberi pangkat…. kemungkinan besar dia akan terima pangkat itu!!! Dia mahu rasa dihargai. Rasa manusia biasa yang normal! Aku kata…yaaah!!!! pangkat datang bersama DUIT a.k.a. WANG a.k.a. DIRHAM!! Pangkat juga datang bersama KUASA!!! Kuasa! Sapa tak nak kuasa? (Jadi tidak normalkah kita bila kita menolak kuasa?) Kuasalah yang menentukan besar kecilnya kita di mata manusia lain (biasa la… bila lagi nak riya’, takabur, besar diri?). Dengan kuasa kita membuat perubahan. Tanpa kuasa tiada perubahan dalam dunia ini. Kuasalah yang menentukan jatuh bangun, hidup mati orang yang tidak berpangkat atau si kerdil marahin! Kerna itu, KUASA ADALAH SEGALA-GALANYA! Pangkat sesungguhnya dicari oleh kebanyakan orang. Tapi bukan semua orang. Ada yang lebih suka mengelak daripada diberi pangkat. Namun, persoalan-persoalan yang timbul adalah 1) adakah kebanyakan mereka yang SUKA PANGKAT adalah golongan yang GILA KUASA? 2) adakah yang MENERIMA PANGKAT setelah diberi peluang naik pangkat golongan yang GILA kuasa JUGA? 3) adakah yang menerima pangkat itu pada hakikatnya LAYAK DIBERI PANGKAT? 4) bagaimana pula mereka yang MENGELAK daripada menerima pangkat? Adakah mereka ini sebenarnya PEMALAS? Atau TIDAK BERTANGGUNGJAWAB? Atau …. mereka jenis yang menjawab, "SUKA HATI AKU LA NAK PANGKAT KA TAK NAK PANGKAT!!!"????

Friday, August 18, 2006

Kerja ... Dewa ...


I'm going away... for awhile. Hari ini sepatutnya aku pergi kerja. Tapi, rakan sejawat aku kata kejap sangat kat office, lepas tu dah blah. So, aku pun tak la pergi kerja. Bagi aku yang penting hari ini ialah aku dapat CD Dewa dari si Khaleed. Aku minat sungguh la dengan group tu. Bukan sangat dengan orangnya tapi dengan lirik lagunya yang amat bermakna bagi aku. Segala-galanya adalah tentang Dia. Hu yang Maha Tahu. Lagu-lagu tu mungkin memberi makna yang berlainan untuk orang lain. Yah, interpretasi puitis adalah hak masing-masing. Juga, memberi gambaran kepada yang tahu, apakah maqam yang diduduki oleh manusia yang membuat interpretasi. Aku berpandangan Dewa sudah berada di perjalanan. Harap mereka temui apa yang mereka tahu mereka sedang cari.

Tuesday, August 15, 2006

Guna Malay? I'm stupid la...

Nih apa nih sapa nama artis tu? Sharifah Amani ? Yang tak reti bahasa melayu tu...yang kata, she sound stupid bila guna malay...ceh! U bukan sound stupid la ... You are STUPID INDEED when you don't even know you are offending the users of the language !!! Ceh ... pandai sangat ker cakap Bahasa Inggeris tue??? Tengok gaya cakap si Amani tu, tak de la bunyi professor pun! Bunyi macam American girls yang CLUELESS (perkataan lain bagi "otak kosong", juga bermakna "my life is the most important in my world"..pi mampus la Islam kena hina!!!) jer! Kalau dah bercakap yang ada bau-bau membunuh aqidah sendiri atau bangsa sendiri ... kira STUPID la tu. Bagus la bila dah ngaku...

Monday, August 14, 2006

Santau sana sini ...


Dari utara negeri ini hinggalah ke selatan, khabar angin tersebar tentang ilmu santau membunuh ramai orang di kedai-kedai makan. Apa benar kisah ini? Tanya lebih lanjut pada member, dia kata, orang yang menyantau tu, orang perempuan pakai tudung labuh. Mengikut ceritanya, dia kena tipu dengan lelaki. Jadinya, dia berdendam dengan lelaki. Khabarnya lelaki yang menipu dia tu - beruniform - meaning - polis, tentera dan sewaktu dengannya. Fuh! Pompuan? kata aku? Hebat jugak kisah ini. Sesungguhnya, memang benar ada ilmu sihir, tapi itu semua dengan izin dan dalam ilmu Allah belaka. Menjadinya ilmu itu kerana "kun fa yakun"! Apalah sangat jika dibanding dengan ilmu Allah yang Maha Alim itu.Kalau cerita ni hanya khabar angin yang nak merosakkan dan menjahanam business anak bangsa sendiri yang cari makan dengan berniaga makan.... maka aku kata, cerdik betul la orang melayu ni. Ikut sangat la resmi ketam! Orang naik, kita tarik turun!!! PhD (penyakit hasad dengki) tak sudah-sudah, dari zaman melaka sampai dah masuk zaman globalisasi!!! Seronok tengok orang susah. Susah hati tengok orang senang! Yang sakit hati tengok orang dapat nikmat Allah beri tu ... naper? Tak reti-reti!!!!Kok benar kisah ini, maka aku kesal!!! Ya lah yang dendam dengan jantan, apahal jantan yang tak salah pun jadi mangsa? Dah belajar benda sesat pergilah kenakan benda-benda yang menyusahkan hidup orang lain di dunia ni, misalnya, santaukan Bush ke, Rice ke, PM Israel tu ker...kan lebih berfaedah untuk umat manusia? Tapi ya lah, orang .. kalu dah kawan dengan setan, payah benar la dia nak kenakan jugak orang-orang yang seangkatan dengan setan (macam si Bush tu la). Agaknya, orang yang suka santau sana sini tu, kekawan Bush jugak ... aper? Bunuh orang Islam yang tak bersalah, tak ke serupa dengan Bush? Ce pikir ...

Mat Rempit - penyelesaian yg mungkin


Mat Rempit bagi aku adalah masalah yang timbul disebabkan pada 5 tahun pertama depa hidup ... depa tidak dididik dengan betul. Dalam kata lain, mak bapak gagal didik masa depa dok 4-5 tahun tu! Ada antara depa ni kata, merempit sebab "Nak thrill" sikit dengan hidup!!! Ceh! nak thrill sungguh, pi la Palestine nun... baru tahu thrill tak thrill! Kalu sapa-sapa ada duit lebih, (dari membazir beli pokok bunga, pasu - buat la amal jariah - cadangan je, ye la aku tahu la duit ko suka ko la nak buat apa - nasihat...) bawak mat-mat rempit tu pergi Palestin... PALESTIN adalah tempat yang paling best untuk dapat THE THRILL OF YOUR LIFE!!! DIJAMIN!!!

Apa Israel mahu?



Catatan: 12hb. Ogos, 2006 – 8.20 p.m.
Bila Israel membunuh kanak-kanak, wanita dan orang yang tidak bersalah, mereka BUKAN mahu KEAMANAN. Sejak zaman nabi Musa lagi Israel hanya memberi signal kepada seluruh dunia, mereka MAHU BERPERANG dan DIPERANGI!!!! Maka tak payah la kita bincang untuk hantar askar kita untuk keamanan…

Satu malam di perjalanan...


Catatan: 25 Februari, 2006 – 9.12 p.m.
Malam ini aku memandu sendirian. Inilah rutin hidup aku. Hujung minggu, aku menjadi pengembara hidup aku sendiri. Aku suka begini. Sendiri dan sunyi. Sunyi adalah kebahagiaan yang tidak ada yang faham kecuali aku. Bagiku, ruang tanpa bunyi itu adalah muzik yang indah. Seindah Mozart bagi pengemar klasik. Seriang Mariah Carey bagi pengemar wanita sesat itu! Sunyi bagiku adalah seindah, sedamai dan setenang pengemar muzik dan bunyi-bunyian. Tapi, siapa faham? Manusia gemar kepada bunyi-bunyian. Normal. Mungkin aku yang tidak normal. Malam ini gelap tanpa cahaya bulan. Mata aku hanya dapat memandang jalan. Sesekali lurus, sesekali bengkok. Mudah saja jalan ini. Kata-kata tuan guru terngiang-ngiang. “Titian Siratulmustaqim itu adalah jalan yang panjang dan payah. 1000 tahun mendatar, 1000 tahun menaik dan 1000 tahun menurun!” Adakah benar seperti yang dikata? Alangkah mudahnya jalan di dunia ini! Di dunia ini berkereta. Dalam keadaan yang amat selesa. Tanpa beban dosa dan api neraka yang menyala-nyala! Adakah aku sudah bersedia?

Hidup dan jaminan


Catatan: 10 Januari, 2006
Perkara biasa yang aku lakukan – naik kereta – pergi jauh dari daerah ini. Dalam perjalanan, aku lihat malaikat maut menjalankan tugasnya dengan baik. Seorang yang tidak aku kenal mati. Aku lihat, ada yang menangis. Ada yang biasa-biasa saja. Mati! Walau bangsa apapun, walau agama manapun… adalah suatu yang menyedihkan. Aku fikir tentang diri sendiri. Aku juga boleh mati seperti mana dia tadi. Hidup ini tiada jaminan. Tiada siapa pun yang aku kenal berani menjamin bahawa aku akan hidup esok. Nyawa adalah urusan yang payah. Kita berada di bumi ini, bernafas! Bergerak ke sana ke mari! Makan dan minum! Gembira, sedih, duka dan ceria. Kita jalani hidup ini tanpa jaminan kita akan terus hidup!!! Kita hanya boleh BERHARAP kita akan hidup esok. Tapi … seperti sedia maklum, kita MENJANGKAKAN kita akan hidup esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan tahun depan sehinggalah kita tua. Kita merancang, merancang dan terus merancang tanpa jaminan kita akan dapat melaksanakan apa yang kita rancang. Namun, tiada pula kita sedari ketiadaan unsur “jaminan” itu sendiri. Aku cuma tahu bahawa yang hidup sudah dijamin untuk mati. Mati itu wajib. MATI adalah JAMINAN yang hakiki. Maka aku JAMIN aku akan mati!!!!

Monday, August 07, 2006

Thought of the day....


The difference between a human being and an animal is that the first one's life begins where the latter one's life ends.

kat rumah....


Hari ni aku tak keje.... dah pegi, tapi sebab tak tahan sakit, aku mintak balik. Nyaris juga tak boleh balik, sebab boss aku tu nampak tersangatlah marahnye tadi. Sebab? Mana la aku tahu. Ada la tu, kes yang dia handle, sampai sakit jiwa dibuatnya! Kalau ikut muka boss aku tu (macam nak telan orang lagaknya), harus aku tak balik! Tapi, agaknya Allah Maha Tahu betapa sakitnya aku, Dia mudahkan perkara ni. Boss aku angguk je. Tak cakap apa-apapun. Agaknya, sebab aku ni (ceh! nak puji diri sendiri ni...) jarang mintak balik rumah masa kerja. Tahun ni, termasuk tadi, baru dua kali aku mintak balik. Maklum la aku ni 'dedicated' dengan keje! kekekehe!!!! Sampai rumah, telan panadol, terus tak sedar diri, sampai la tadi. Sekarang ni, aku lega sikit. Tak bagus telan panadol, tapi itu je la 'immediate relief' yang aku cari. Nak rehat lepas ni, tidur dan tidur dan tidur ....

Thursday, August 03, 2006

From my bedroom window ....




Three different days... three different sights.... SubhanAllah...

apa kata depa... Oh I C


Menarik sungguh kenyataan depa yang dok "Oh I see..." tu. The US should stop supporting the Israelist government! Sapa yang tak tahu? Sapa? Keling botoi pun tahu! apa orang OIC ni tak tahu ka politikus US kena jilat-jilat punggung orang israel tuh? Pilihanraya dah dekat... kena la support! Mu tak support Israel, tak dak la dana pilihanraya! Ceh, biasak la nak pegang kuasa, kena la jadi hamba abdi !!! Dak pun jadi lembu!!! Sejak biler US tak support Israel? Sabra satilla - tak ingat? Tentera israel laknatullah bunuh selamba je bebudak, pompuan, orang tua!! Apa? dulu kita tak suruh depa tak support ker? Oh lupa pulak... dulu kita dok "Oh I see"!!! Sampai bila beb? Alamak, gua lupa lagi! Kita ni rakan niaga US... cakap, nasihat, kutuk sikit-sikit ....sudah lah! kang mis pulak sorru....

perangai kawan (ke ape ke?)


Aku malas betul nak layan sorang kawan aku ni. Aku tak faham apa yang dia nak dari aku. Bagi aku, kita ada masa, kita jumpa la ... sembang-sembang, bertanya khabar, mengumpat sikit pasai boss, pasai Pak lah, pasai OIC, sukan ka, apa-apa ka.... Tapi, dia ni nak aku cakap dengan dia hari-hari. Kena sms! Kena bertanya khabar! Kena beritahu apa aku buat hari ni, semalam! Apa hal?! bila pulak aku ni ada body guard?! Masalah trouble nye... dia ni lelaki!!! Kalau pompuan lain la... pun, kekawang aku yang pompuan tak mintak aku tepon depa hari-hari! Amende la jantan sekor ni! aku pening. Tadi aku buat keputusan.... boleh blah! Seram sejuk aku dibuatnye!!! Huh! meremang bulu tengkok aku!

Wednesday, August 02, 2006

Wisdom and Generosity


Wisdom (ilm) and generosity are marks of people who are capable of passing beyond "time" (zaman). - Ahmed Hulusi.

http://www.ahmedbaki.com/english/

Kali Pertama ....


Ini kali pertama aku menulis di sini.... itu pun sebab aku terfikir "entah apa yang dihavoc dek media dengan blog!" Aku ni macam biasa agak lambat dengan perkembangan semasa. Aku HANYA tahu blog-blog punya pengaruh yang agak 'mengancam' (mengancam manusia yang bagaimana ya?) bila pada satu malam yang pelik, aku tertengok berita di TV3. Pak Lah kata, (lebih kureng), "media tak perlu siar berita sensasi untuk bersaing dengan internet dan blog". Blog? Menatang apa tu? Aku pun tanya sana sini! Curious beb! Sebenarnye kawan serumah aku memang dok ligat dengan blog. Member tu minat internet! Minat dunia dia - tu dia punya pasal la. Tapi bila PM buat kenyataan macam tu, issh! bodo la aku kalau tak jenguk-jenguk! Maka di petang yang huru hara ni, aku pun melihat-lihat...dan oleh kerana aku ni buta kayu ngan komputer, baru hari ni aku berjaya menaip-naip! Taip pun, macam ayam patuk padi (dak pun beras!). Kesimpulan aku tentang blog - macam ini pun media rasa terancam!? Eeeleh... hebat gak bloggers-bloggers! Tulis biasa-biasa, komen biasa-biasa, - media yang juta-juta untung setiap tahun, bole rasa terancam?!!! Sebab apa aku kata blog ni hanyalah 'biasa'? Hujahnya, luahan citera manusia bloggers ini adalah normal bagi manusia yang tak punya tempat untuk luah rasa tak puas hati - samada atas keperluan ekonomi, politik, sosial, psikologi dan fisiologi. Tulis dalam surat khabar, surat khabar tapis, cakap kat tv ... kang kena gam! Tak ke internet ke tempat yang paling ideal jadi nye! Negara ini tak menyokong "free speech" (sapa tak tahu angkat tangan?) - kebebasan bersuara la - mengancam keselamatan negara kata mereka. Harharhar!! (Gelak setan aku dibuatnye!!!) Keselamatan negara ker, keselamatan demo? Biasa - hujah orang yang tak mahu hilang kuasa. Yah! Begitulah manusia mereka - ada kuasa, ada uang, ada pompuan, ada segala! Kita ada apa ya? kuasa? Kuasa sekuat harimau? Ish..biar betul! Uang? Nanti biar aku fikir kejap - hutang lagi ada la! Pompuan? kalu takat emak, adik, kakak pompuan ... semua orang ada... pompuan-pompuan 'tertentu' - kita ni sapa? Silap gaya, pompuan tu tanya, "LU SAPA?!"

So, bloggers... teruskan taipan kencang, mengoyang rasa orang yang perlu merasa!!!