Hidup dan jaminan
Catatan: 10 Januari, 2006
Perkara biasa yang aku lakukan – naik kereta – pergi jauh dari daerah ini. Dalam perjalanan, aku lihat malaikat maut menjalankan tugasnya dengan baik. Seorang yang tidak aku kenal mati. Aku lihat, ada yang menangis. Ada yang biasa-biasa saja. Mati! Walau bangsa apapun, walau agama manapun… adalah suatu yang menyedihkan. Aku fikir tentang diri sendiri. Aku juga boleh mati seperti mana dia tadi. Hidup ini tiada jaminan. Tiada siapa pun yang aku kenal berani menjamin bahawa aku akan hidup esok. Nyawa adalah urusan yang payah. Kita berada di bumi ini, bernafas! Bergerak ke sana ke mari! Makan dan minum! Gembira, sedih, duka dan ceria. Kita jalani hidup ini tanpa jaminan kita akan terus hidup!!! Kita hanya boleh BERHARAP kita akan hidup esok. Tapi … seperti sedia maklum, kita MENJANGKAKAN kita akan hidup esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan tahun depan sehinggalah kita tua. Kita merancang, merancang dan terus merancang tanpa jaminan kita akan dapat melaksanakan apa yang kita rancang. Namun, tiada pula kita sedari ketiadaan unsur “jaminan” itu sendiri. Aku cuma tahu bahawa yang hidup sudah dijamin untuk mati. Mati itu wajib. MATI adalah JAMINAN yang hakiki. Maka aku JAMIN aku akan mati!!!!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home