Santau sana sini ...
Dari utara negeri ini hinggalah ke selatan, khabar angin tersebar tentang ilmu santau membunuh ramai orang di kedai-kedai makan. Apa benar kisah ini? Tanya lebih lanjut pada member, dia kata, orang yang menyantau tu, orang perempuan pakai tudung labuh. Mengikut ceritanya, dia kena tipu dengan lelaki. Jadinya, dia berdendam dengan lelaki. Khabarnya lelaki yang menipu dia tu - beruniform - meaning - polis, tentera dan sewaktu dengannya. Fuh! Pompuan? kata aku? Hebat jugak kisah ini. Sesungguhnya, memang benar ada ilmu sihir, tapi itu semua dengan izin dan dalam ilmu Allah belaka. Menjadinya ilmu itu kerana "kun fa yakun"! Apalah sangat jika dibanding dengan ilmu Allah yang Maha Alim itu.Kalau cerita ni hanya khabar angin yang nak merosakkan dan menjahanam business anak bangsa sendiri yang cari makan dengan berniaga makan.... maka aku kata, cerdik betul la orang melayu ni. Ikut sangat la resmi ketam! Orang naik, kita tarik turun!!! PhD (penyakit hasad dengki) tak sudah-sudah, dari zaman melaka sampai dah masuk zaman globalisasi!!! Seronok tengok orang susah. Susah hati tengok orang senang! Yang sakit hati tengok orang dapat nikmat Allah beri tu ... naper? Tak reti-reti!!!!Kok benar kisah ini, maka aku kesal!!! Ya lah yang dendam dengan jantan, apahal jantan yang tak salah pun jadi mangsa? Dah belajar benda sesat pergilah kenakan benda-benda yang menyusahkan hidup orang lain di dunia ni, misalnya, santaukan Bush ke, Rice ke, PM Israel tu ker...kan lebih berfaedah untuk umat manusia? Tapi ya lah, orang .. kalu dah kawan dengan setan, payah benar la dia nak kenakan jugak orang-orang yang seangkatan dengan setan (macam si Bush tu la). Agaknya, orang yang suka santau sana sini tu, kekawan Bush jugak ... aper? Bunuh orang Islam yang tak bersalah, tak ke serupa dengan Bush? Ce pikir ...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home