Kisah pompuan 1
Hari ini aku sembang dengan kawan baik aku tentang nasib perempuan. Dia dah lama suruh aku menulis tentang perkara ni. Ya... aku akui aku MALAS. Tapi sejak aku tengok-tengok keliling aku makin menjadi-jadi masalah yang dihadapi oleh perempuan, aku fikir baik aku mula tulis sikit-sikit hal ni. Yang pertama aku perati, perempuan sebelum berkahwin kebanyakannya (ULANG – KEBANYAKAN) gembira dan ceria. Lepas berkahwin, aduh... payah nak kata. Ada yang sudah makan nasi berulamkan jantung (walaupun setengah orang kata, makan ulam jantung pisang tuh sedap) walaupun baru kawin 3 – 4 bulan. Satu kes benar yang sampai ke pengetahuan aku, sorang pompuan ni kawin dengan lelaki yang mak lelaki tu tak suka kat dia (mak mentua tak suka la). Mak metua tak suka tu dah satu kes. Jadinya, belum kawin dah macam-macam lelaki tu “demand” ubah rupa dan gaya supaya memenuhi criteria yang mak dia suka...Nape kena tukar karekter? Tak ke itu hipokrit namanya? Tapi yah... kata orang cinta punya pasal, jadi hipokrit pun tak pe lah. Kena berstokin la, tudung labuh la., nyaris tak tutup muka je!!! Opps tukar jadi baik la member kita nih. Tapi, kalau mak mentua yang dah tak suka kat kita tu tahu kita ni berpura-pura depan dia, tak ke haru bila dia dah tahu hal sebenarnya nanti?? (ya... aku tahu... pandai2 la cover.. ceh... dasar munafik memang macam tuh) Anyway, aku fikir sebab keluarga lelaki tu “alim” maka tak kisah sangat la jadi munafik. Pun begitu, lain pulak jadinya bila dah kawin, lelaki yang maknya alim tu suruh pompuan ni beli kereta, guna nama pompuan ni. Pompuan ni jugak bayar bulan-bulan. Oleh kerana pompuan tu kerja negeri lain (weekend wife la dia ni) hujung minggu balik negeri lelaki tu naik bas sebab laki dia nak guna kereta pergi kerja. Yang pompuan ni, tiap-tiap hari tumpang la kereta orang untuk pergi kerja. Hujung minggu balik kampong lelaki ni, naik la bas. BAGUS KAN??? Bila balik tiap minggu, sesekali dia bawak la kereta... fuh... drama menarik, mak metua marah sebab berani guna kereta anak dia??? EH??? Heran sapa punya kereta ya? Apa hal nih?
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home