PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Monday, September 25, 2006

Cerita Hindustan...dan kebonggokan


Lama sudah perkara ini berlaku. Cuma hari ini saja yang aku ada masa untuk menaip-naip. Suatu petang, aku 'browse' tv channels....berhenti beberapa saat untuk setiap channel. Maka, berhentilah aku di satu saluran yang sedang menyiarkan cerita hindustan! Rasa nak blah ke channel lain (aku memang kurang senang dengan film hindustan!) tapi terhenti bila terbaca dialog dua insan yang sedang bercinta dalam filem itu. Kalau tak silap aku, si hero itu sedang menyatakan kecewanya dia dengan sikap si heroin yang tak mahu lari bersama si hero kerana si heroin tidak mahu melukakan hati ayah bonda!!! Maka kata si hero, "Tidakkah kau sedar kau berDOSA kerana menafikan cinta kita..." Maka tiba-tiba darahku naik ke kepala!!! Berdenyut-denyut!!! Apakah perkataan yang paling baik untuk aku gunakan untuk menyumpah seranah si penyesat manusia? SETAN!!! Amende Dosa? Bila berdosa? Dosa - setahu aku yang jahil ni hanya bila kita mengingkari perintah Allah... bila kita menderhaka kepada ibu bapa.. bila tak solat..... bila tak posa... bila berzina ... bila minum arak ... bila mengumpat... bila dengki khianat ...bila rasuah ... bila makan riba ... bila ... - bila ... - bila .... Inilah bahana cerita hindustan... kalau yang tengok tu orang yang mikir, tak de masalah - boleh tahu mana yang betul, mana yang salah. Masalahnya bila yang tengok tu, jenis suka layan perasaan - tak guna akal fikiran, tak mikirkan ... pendek kata orang yang kita boleh jeniskan sebagai 'bonggok ottodox'....! Samada media sedar atau tidak, medialah yang banyak mendidik golongan bonggok ottodox ini untuk terus dalam dunia kebonggokan!!!!

Friday, September 15, 2006

Mat Rempit - mikir???


Bila Mat rempit kata mereka syak ada orang politik yang nak dapat 'political mileage' dengan berbaik-baik dengan depa, aku dengan tak semena-mena TERrespek la dengan Mat rempit nih! Aku kata, "Mikir juga puak ni!" Cuma aku tertanya-tanya, "Bila pulak la nak mikir jauh sikit..", misalnya... KALAU MATI MASA MEREMPIT ... MATI dalam imankah KITA? Kan baguih kalau puak-puak ni betul-betul fikir... Tapi ya... kalau betul-betul jenis manusia berfikir tidaklah merempit... Ish...ish ..ish...kesimpulannya hanya satu....mat rempit BUKANlaH PEMIKIR.

Thursday, September 14, 2006

Lelaki dan MyKad


Utusan Malaysia melaporkan "Kira-kira 1.7 juta MyKad dilaporkan hilang dalam tempoh lima tahun sejak Januari 2002 dan daripada jumlah itu 54.16 peratus dimiliki oleh lelaki". hmmm.... soalan: Kenapa peratusan lelaki yang hilang MyKad tu lebih tinggi daripada perempuan? Walau peratusan itu tidaklah sebesar mana namun jika dilihat dari 'numeric' - banyak weh!! Kendian Utusan kata, "42.95 ... membabitkan mereka yang berumur 19 - 29 tahun". Menarik!!!! Dari soalan dan pernyataan itu maka timbul pula soalan-soalan lain... Satu - adakah ini MEMBUKTIKAN sifat lelaki yang secara universalnya diketahui tidak mempunyai kecenderungan untuk tidak melihat perkara-PERKARA KECIL? Dua - adakah ini membuktikan lelaki sukar bertanggungjawab ke atas perkara yang paling penting tetapi tidaklah penting sangat bagi lelaki? Ketiga - adakah lelaki lebih bersifat ambil mudah sesetengah perkara terutama perkara-perkara yang membabitkan undang-undang? Aku bukan apa.... jika perkara ini membuktikan lelaki TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, maka tidak hairanlah ramai wanita yang ditinggalkan tanpa wang nafkah...anak-anak dibiarkan tanpa bimbingan... isteri-isteri ditinggalkan gantung tak bertali... dan jika kita teliti dan tinjau sedarlah kita ramai lelaki hanya pandai untuk .... ???

Dr Mahathir ... bertanding? Nape?


Nape Dr Mahathir beriya-iya nak bertanding di Kubang Pasu? Maka ada orang kata, dia gila kuasa... gila talak... dan bermacam jenis gila... yang aku sendiri malas nak sebut. Bagi aku Tun bukanlah gila... malah tak juga gila-gila. Orang-orang politik ada yang berkata, "tak patut Tun buat macam tu, menjatuhkan martabatnya sendiri yang sudah bergelar TUN." Kesukaan dan kecenderungan orang yang pernah berkuasa bukanlah satu perkara yang samar-samar. Kebanyakan orang tahu, tujuan sebenar Tun bertanding di Kubang Pasu adalah untuk menjadi perwakilan Kubang Pasu di perhimpunan agung UMNO yang akan datang. Isyh... tak kan tak tahu banyak benar perkara yang berlaku di Malaysia hari ini yang Tun tak gemor (bak kata orang Kuala Kangsar -iya ke idak Datuk Seri Rafidah???)!!! Dari kes Singapura hingga lah ke cara Pak Lah mentadbir negara. Bila Tun bercakap di khalayak... banyak benor la pihak media massa cut - cut! So, bila ka masa yang paling sesuai untuk dia bercakap dengan JELAS di media tanpa diedit melainkan masa perhimpunan? LIVE beb! Dari remaja hingga lah dah jadi 'senior citizen' (bak kata omputih!) sepanjang ingatan aku yang tak tua sangat ni, Tun adalah REBEL. Samada dia "rebel with a cause" atau "without a cause"... tu lain pulak citernye...

Friday, September 08, 2006

Ragut ... seluk... aman


Aku ada sorang kenalan ni. Dia ni pompuan. Dah kawin. Keje sekali dengan aku. Dia ni menurut pandangan kebanyakan orang yang penah tengok dia... akan kata dia ni macam berada di dunia lain... badan je kat dunia ni, tapi fikiran kat dunia lain. Penyengap ... opps.... pendiam. Tak ramah. Berat mulut. Kecik je orangnya. Senyum ... payah sikit. Cuma kekadang entah apa anginnye, bole pulak menyembang. So, hari tu, di tengah-tengah perbualan aku ngan member-member mengisahkan kes ragut kat bandar ni... tak semena-mena si pompuan ni menyampuk... menceritakan hal dia pun penah kena ragut. Terkejut jugak la aku ni. Kisahnya, dia kena ragut masa balik keje. Dia letak beg tangan dia kat bawah sekali dalam basket motor dia! Atas beg dia tu, dia siap letak fail ngan barang lain. Tup-tup kena ragut! Dia kata dia perasan ada orang dok perati dia dua tiga hari sebelum tu. Dah di reki rupanya. Ragut pun ada reki-reki ye? Then, sembangan tu berlanjutan ke kisah seluk saku pulak. Dan tiba-tiba pompuan ni ngaku .... dia pun penah kena 'diseluk sakunya'! Aku kata kat dia "hah!? ko kena lagi? Ait, engko ni asyik terkena je, apahal?" Aku terfikir kenapa dia ni asyik jadi mangsa? Ada ke sebab dia ni orang tengok "macam berangan" je... idak pun memang Malaysia ni dah tak aman???

Mesjid oh mesjid


Aku dah lama tak menulis dalam blog ni. Al Maklumlah aku ni sibuk dan menyibuk! ha ha ha ha... Beberapa hari lalu aku "tersembang" lah dengan dua orang ustaz ni. Sembang dok sembang cerita la pasai masjid. Satu kisah yang menarik adalah kisah orang yang dihalau dek tok siak kerana tidur di masjid. Kata ustaz tu, "entah apa perangai tok siak sorang ni, dia marah orang kok tidur di mesjid. Orang yang guna mesjid selalunya bukan orang qariah situ saje, orang musafir pun ada juga. Orang musafir, pandu kete ... letih, singgah solat, tidur la kejap... hah hok tu yang dia halau!!" Aku kata, saje la JK mesjid tu CERDIK pasai agama la tu. Orang macam ni, tak leh jadi JK tapi ye la, sekarang ni, mesjid pun bole jadi tempat "side-income". Sapa tak nak side-income weh??? Dunia hari ini - dunia serba nak berduit.. Bila ada tempat bole dapat side-income... ish, bodo la kita yang tak nak AMANAH tu. Cuba selidik, cuba teliti, cuba renung, cuba siasat... duit mesjid tempat kariah mu (mu yang dok baca blog aku nih la)... mana pegi nye? Yang telus, kita kena bersyukur sebab masih ada orang yang amanah. Yang huru-hara tu, cuba-cuba la buat sesuatu.... Misalnya, tegur ka orang-orang yang berkenaan. Idak pun, lapor je pada pihak tertentu!!! Dah payah sangat..kan?