PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Tuesday, October 13, 2009

Hal Perempuan

Sudah lama aku perhatikan. Lelaki memang suka bercakap hal perempuan. Dari benda sulit-sulit hinggalah ke perkara tak sulit langsung. Malah, lelaki yang ada "kuasa" pun, mahu tak mahu terpaksa bercakap-cakap hal perempuan. Contoh terbaru, hal pakaian perempuan di al-Azhar. Diorang cadang nak buat pembaharuan... suruh perempuan bukak muka. Tak yah tutup sampai ke mata. Kesian jadi perempuan. Kenapa nak pakai apa pun kena ditentukan oleh lelaki? Perempuan-perempuan nak tutup muka ke, tak tutup muka ke... apahal lelaki-lelaki tu nak sibuk-sibuk??? Kalau perempuan selesa tutup, biar la dia tutup. Kalau dia rasa nak buka muka, biar dia buka. Perempuan ada hak untuk menentukan cara pakaian dia sendiri. Asal saja dia tahu apa yang Allah dan Rasullullah perintahkan. Dah tak de kerja lain yang lebih berfaedah ke? Hal Palestin ke, hal Kashmir ke, hal Afghanistan ke...bukan kah itu lebih penting? Baju pompuan pun nak jaga juga ke? Masalah yang paling besar yang aku perati dalam hal ini ialah... pompuan-pompuan tu TIDAK menimbulkan masalah besar dalam masyarakat al-Azhar pun. Aman damai selama ini. Agaknya aku ni melampau kalau aku kata ini memang dasar lelaki yang tak dak PIKIRAN LAIN KECUALI HAL celah kangkang! Cuba buat keje yang berfaedah sikit... boleh???

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home