Citera seorang kenalan
Hari ini aku terserempak dengan seorang kenalan (ya...aku hanya kenal dia, dia bukan kawan aku). Aku sengih je... sebab aku TIDAK SUKA DIA. Oleh sebab semua orang yang baca entri ini ada kemungkinan besar tidak mengenali dia maka aku akan menulis tentang dia. Kawan-kawan yang baca dan kenal dia, bole agak siapa orangnya... harap maklum, perkara ini kutulis untuk dijadikan teladan bagi orang-orang yang berfikir. Kenalan aku ni sangat bercita-cita tinggi dan sangat yakin dia lebih baik daripada orang lain. Orang lain serba tak kena, sentiasa salah dan penuh dengan kelemahan. Jika kita perati ayat-ayat yang keluar dari mulut dia dan tingkah laku dia sehari-hari, kita boleh buat kesimpulan bahawa dia beranggapan dialah satu-satunya makhluk ciptaan Tuhan yang sempurna lagi benar, sentiasa cekap dan tepat. Sikap dia ni selalu makan dirinya sendiri. Seringkali Allah buka tembelang dan pekung dirinya.... hatta hingga memalukan diri kita yang jadi pemerhati. Contoh sekali peristiwa, dia mendakwa dia menjadi orang penting di peringkat negeri. Maka ditegurnya cara kawan aku bertindak... “tak kena dan salah” katanya. “Tak ikut prokotol” dan pelbagai ayat yang menunjukkan dia hebat. Oleh kerana aku ni suka menyibuk, maka aku tanya pada kawan yang sorang lagi tu, “eh you tahu ke you buat apa? Si dia tu kata you buat kerja tak ikut protocol la...kata dia, you patut buat macam .....” Terkejut la kawan aku ni. Rupa-rupanya kawan aku tu dah biasa buat kerja sampai ke kebangsaan dan dah biasa pula dengan cara-cara orang peringkat antarabangsa buat kerja. Maka, dia rujuk pakar protocol yang dia kenal di peringkat kebangsaan. Tidak ada salah. Betul. Dia tanya patut ke dia buat ikut cara si kenalan kami tu ajar... SALAH. Memalukan company je kalau buat cara dia tu. Maka, kami pun tahulah kenalan kitorang tu ada penyakit di dalam dada... iaitu DENGKI dan KHIANAT. Haru biru blues. Banyak lagi kes tapi kalau citer panjang la entri ni. Tapi ada satu perkara, yang aku fikir elok semua tahu iaitu ayatnya yang berbunyi “I am born to be a leader, not a follower..” Ceh! Sangat TIDAK BENAR kenyataan ini sebab dia tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin langsung. Tidak ada mesyuarah, tidak ada budi bicara, tidak ada kebijaksanaan, tidak ada hikmah, tidak ada wawasan, tidak ada nilai-nilai diri yang menunjukkan dia seorang pemimpin pun. Tapi sebab gila jawatan, nak tinggi dari orang lain (macam la bende tu boleh bawak mati) dia mendakwa sedemikian rupa. Yang paling aku benci tentang perangai dia ni ialah, dia buruk-burukkan rakan sejawatan sebagai orang-orang yang tidak boleh diharapkan, tidak mempunyai keupayaan membuat kerja, selalu lepas tangan dan hanya mengharapkan dia seorang membuat semua kerja yang diberi!!! Lepas tu, depan boss dia boleh kata,walaupun dia seorang yang buat semua kerja-kerja, pangkat-pangkat ni bagi la pada orang lain, sebab dia tak nak orang kata dia gila jawatan. Merendah diri la konon. APA KATA MAKI HAMUN YANG SESUAI?....YA SEMUA BOLEH GUNA... SILAKAN GUNA!!!! Oleh kerana, boss pun baru kerja di tempat kami, tak dak sapa nak approach boss untuk terangkan hal sebenar. Apa lagi boss pun percaya bulat-bulat cakap dia. Alhamdulllilah ada hari pembalasan. Alhamdulillah juga sekarang ni Allah bayar cash!!! Tapi seperkara, boleh tak aku maki CELAKA PUNYA BETINA...!!!! Bole kot... sebab perangai dia memang mencelakakan bukan sahaja diri dia, tapi juga orang-orang yang bekerja dengan dia ....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home