Pangkat dan Kuasa …
Hari ini aku sempat berbual dengan rakan sekerja aku. Perbincangan yang hangat tentang kenaikan pangkat dalam organisasi. Dia begitu bersemangat menyatakan pendapatnya tentang apa yang sedang berlaku dalam organisasi. Tidak dapat disangkal apa yang dikatakannya adalah benar. Kesimpulan yang dapat aku buat tentang dia ialah - kalau dia yang diberi pangkat…. kemungkinan besar dia akan terima pangkat itu!!! Dia mahu rasa dihargai. Rasa manusia biasa yang normal! Aku kata…yaaah!!!! pangkat datang bersama DUIT a.k.a. WANG a.k.a. DIRHAM!! Pangkat juga datang bersama KUASA!!! Kuasa! Sapa tak nak kuasa? (Jadi tidak normalkah kita bila kita menolak kuasa?) Kuasalah yang menentukan besar kecilnya kita di mata manusia lain (biasa la… bila lagi nak riya’, takabur, besar diri?). Dengan kuasa kita membuat perubahan. Tanpa kuasa tiada perubahan dalam dunia ini. Kuasalah yang menentukan jatuh bangun, hidup mati orang yang tidak berpangkat atau si kerdil marahin! Kerna itu, KUASA ADALAH SEGALA-GALANYA! Pangkat sesungguhnya dicari oleh kebanyakan orang. Tapi bukan semua orang. Ada yang lebih suka mengelak daripada diberi pangkat. Namun, persoalan-persoalan yang timbul adalah 1) adakah kebanyakan mereka yang SUKA PANGKAT adalah golongan yang GILA KUASA? 2) adakah yang MENERIMA PANGKAT setelah diberi peluang naik pangkat golongan yang GILA kuasa JUGA? 3) adakah yang menerima pangkat itu pada hakikatnya LAYAK DIBERI PANGKAT? 4) bagaimana pula mereka yang MENGELAK daripada menerima pangkat? Adakah mereka ini sebenarnya PEMALAS? Atau TIDAK BERTANGGUNGJAWAB? Atau …. mereka jenis yang menjawab, "SUKA HATI AKU LA NAK PANGKAT KA TAK NAK PANGKAT!!!"????
1 Comments:
At 9:21 PM , Anonymous said...
Assalammualaikum Miss....igt kat saya lagi?saya Man la student miss kat form 6 dulu..hehehe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home