PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Sunday, November 19, 2006

Trekking 3


Masuk hutan semula. Seperti biasa, bukit dan denai masih serupa. Aku jatuh bagai buah mangga sebab terpijak batang kayu dan daun kering. Tiada tempat stabil untuk kasut aku. Pacat lebih besar lagi. Lan kena, Wan tak kena (kata dia), Teh kena. Aku? Ada jugak pacat kat kasut. Dah pijak-pijak dia dok lekat jugak. Sampai ke Teluk kedua, aku terjun laut lagi. Teluk yang sunyi. Hanya bunyi ombak dan binatang. Aku berendam agak lama. Mengapung di tepi laut. Best! Naik darat, jalan! Wan dok sms lagi! Ceh! Jenuh sepanjang jalan kitorang kutuk, dia dok sms jugak. Sampai teluk ketiga. Hotel tak jadi dibina. Sayang. Berapa juta? Apapun, lepas je hotel tak jadi tu, kami lalu ikut laut. Panjat batu. Macam-macam aksi dan teknik digunakan. Teknik paling mudah, teknik pompuan ...ke!ke!ke!ke! Batu licin. Ada satu tempat tu, tak boleh dah nak panjat. Kami redah laut. Sampai separuh jalan, baru perasan, air dalam. Teh dah tiga kali telan air laut. Kaki dia dah jadi macam kaki itik - mengayuh-ngayuh. Dia dah paut pada Lan. Aku baru perasan rupanya kaki aku juga tak jejak ke batu lagi. Aku dah terapung-apung. Wan junjung 2 buah beg. Lan naik dulu tepi tebing. Aku tak berapa pasti apa yang berlaku cuma aku ingat Wan baling beg kepada Lan. "Beg aku! Beg aku!" . Aku naik je, terus terkekeh ketawa. Tak normal pulak aku rasa. Dah hampir maut ketawa ka? Habis? Nak nangis? Ceh! Bila habis ketawa, aku perasan Wan dah bukak handphone dia, siap jemur. Yah! itu yang penting. Nampak dia risaukan telefon tu lagi dari nyawa dia. Kata Teh, Wan memang dah tenggelam tadi (tapi dia pandai berenang) sebaik saja dia beri beg dia pada si Lan. Kami susur batu lagi. Teh jatuh - paut pada batu - dah luka. Dah nak pitam lak dia. Takut darah! Aku kena pulak jadi doktor. Mujur Lan ingat nak bawak first aid kit. Salut lu Lan!!! Tengah-tengah batu ... tepi laut ... balut luka. Kalau tidak dia tak boleh jalan...mabuk darah, nak pitam. Aisey, payah la. Dah dekat sangat nak sampai. Siap - kami susur batu lagi. Di Pasir Bogak ... gembira - tenang ... AKU AKAN KEMBALI LAGI KE SINI.

Trekking 2

So, panjat lagi sekali bukit. Apa nama bukit? Ntah... panjat je la. Pacat tak nampak. Jalan ikut denai. Semut besar-besar (ooppss... yah yang namanya apa? Kerengge! sungguh memalukan nama serangga itu pun tak tahu) hinggap kat baju aku (sebenarnya aku terpegang 'highway' diorang, apa lagi sekor itupun naik baju aku menjalankan tanggungjawabnya) apa lagi - kena la sengat. Biasa la hutan! Sengat kerengge apa la sangat. Jangan sengat tebuan sudah, idak pun kala jengking! Aku suka hutan. Redup dan segar udaranya. Tapi hanya untuk sekali-sekala. Bukan untuk berkali-kali. hahahaha!! Lan dok di depan. Dia pegang parang. Parang tumpul! (Wan pinjam kat pak sedara dia kat teluk gedong tadi) Sekali sekala Lan asah pada batu yang ada tepi-tepi denai. Semakin lama aku perati, semakin tajam parang tu! Dia dok 'pancung' daun dan akar kayu yang menjalar. Denai nampak sedikit berubah. Ada pokok yang tumbang. Sekali tu Lan potong daun mengkuang. Dia kata, "ni hati-hati ni, daun sengkuang ni duri!" Sengkuang? Amende? Biar betul. ha!ha!ha! Aku gelakkan dia. MENGKUANG LA OII! Haru... Oleh kerana member aku si Teh tu badannya agak gempal, maka banyak kali lah dia terpaksa hanya mengelungsur dan merangkak. Tidaklah dia dapat melompat dan 'menerjun' seperti kami bertiga. So, moral of the story - kuruskan badan anda supaya mudah buat aktiviti lasak. Ini bukan bermakna orang gempal tak boleh buat perkara lasak cuma tidak selincah dengan orang yang tak gemuk. ha!ha!ha! Maka sebelum sampai ke Teluk Rimau, kelihatanlah pacat yang panjang-panjang. Lan kena sekor. Wan kena ke idak? Tak perasan. Anyway, sampai je kat pantai Teluk Rimau tu aku masuk laut. Biar kot ada pacat mati kena air masin. Malas aku nak buka baju nak periksa ade ke idak makhluk tu. Seminit dua, aku naik semula... sambung trekking. Tengah berjalan tu, aku perati si Wan dok bersms lagi. Ceh... tengah hutan pun boleh dok sms lagi??? Jiwang karat nih!

Trekking 1



Yeah...aku trekking kelmarin (Sabtu - 18hb. Pagi-pagi buta aku dah naik bot dari Lumut ke Pulau Pangkor. Dalam bot, aku mengeletar ... air-cond!!!! Ceh, aku tak tahan sejuk beb! So, berhimpit dengan member (dia pun sejuk). Nak duduk kat dek atas, ramai pulak la kaum mana tah. Malas - aku pun tidur. Tau-tau dah sampai jeti pangkor. Nampak Diin Teh. Terkejut member. Pasai apa aku pagi-pagi buta kat Pangkor. Uniform pun lain - dia tak cam aku. Aku citer aku nak trekking. Aku tanya dia nak ke mana. Hospital. Mak dia ada darah tinggi. Sian. Aku ucap selamat je la kat dia. Jalan terus. Ingat nak naik van. Tapi member aku kata bazir. So aku tepon Wan. Dalam sms dia kata nak tunggu aku kat jeti ... batang hidung pun tak nampak. Telefon aku pulak buat perangai. Tup-tup rupanya Wan dah ada tapi sebab aku dok mencangkung kat tepi jalan tu, tak lak nampak dia kat bus-stop tu. Aku ingat nak naik motor dia je ke Teluk Segadas, tengok-tengok Lan pulak tak dak. Hampeh! Wan kata dia dah pergi rumah Lan, mana lak dia pergi? Anyway, aku malas la nak tunggu Lan lama-lama. Aku tahan sorang budak ni mintak dia tolong hantar member aku ngan aku ke teluk gedong. Jalan!!! Sampai je jalan nak masuk ke teluk segadas, aku salin kasut. Member aku (nama panggilan -Teh) kata elok kitorang makan dulu. Baru je aku nak ambil nasi, Wan ngan Lan pun sampai. Cancel makan. Cadangan - makan di Teluk Segadas!! huh! Masuk hutan. Naik bukit... oii... aku dah tua. Cepat benor la penatnya. Maka, sedarlah aku tenaga aku semakin kureng!!! Biasa la orang dah tua. Dalam hutan agak lembab. Pacat tak nampak. Tapi sampai je kat pantai aku perasan ada sekor lekat kat kasut! Sebab aku ni kejam dan bukan beragama buddha, aku pun bunuh la ia dengan memijak-mijaknya. hahahaha! Sambil makan aku kutuk Wan sebab bawak tepon! Ceh... jiwangnyer.... asyik sms je. Kata dia adik angkat dia... bole pecaya ka? Amende ler ... Anyway, pukul 9 kitorang pun berangkat ke dalam hutan ke Teluk Rimau ...

Graduan dan kualiti


Maka antara perkara yang disebut di perhimpunan agung UMNO adalah betapa tidak berkualitinya graduan-graduan. Disebut-sebut akan perlunya graduan mencapai tahap yang diharapkan. Persoalan yang timbul - apakah maksud mereka dengan "mencapai tahap diharapkan"? Apakah kayu ukur atau "bench-mark" yang digunakan untuk mengukur kualiti seseorang graduan itu? Apakah kualiti graduan hanya pada "mencapai tahap first class atau sekurang-kurangnya second upper"? Bagaimana pula dengan kemampuan graduan berkomunikasi (memberi pendapat yang bernas, misalnya), mempelajari sesuatu yang baru dan bersifat kaizen? Adakah ini juga dalam kayu ukur yang dimaksudkan sebagai berkualiti? Bagi aku, jika sifat graduan yang berkualiti itu punya kayu ukur yang jelas, maka semua perkara yang bersangkutan akan dibawa ke arah itu dari kursus atau bidang yang ditawarkan di universiti dan kolej hinggalah kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah... Oleh itu, dasar kerajaan harus menjurus ke arah melahirkan graduan yang berkualiti. Namun begitu, perlu diingat dasar kerajaan yang dimaksudkan di sini bukanlah dasar yang dibuat untuk bidang pendidikan sahaja, ia seharusnya merangkumi seluruh sistem dan dasar kerajaan. Kepincangan akan wujud jika hanya satu pihak sahaja yang mahu bertanggungjawab.... Fikir-fikirkanlah