Graduan dan kualiti
Maka antara perkara yang disebut di perhimpunan agung UMNO adalah betapa tidak berkualitinya graduan-graduan. Disebut-sebut akan perlunya graduan mencapai tahap yang diharapkan. Persoalan yang timbul - apakah maksud mereka dengan "mencapai tahap diharapkan"? Apakah kayu ukur atau "bench-mark" yang digunakan untuk mengukur kualiti seseorang graduan itu? Apakah kualiti graduan hanya pada "mencapai tahap first class atau sekurang-kurangnya second upper"? Bagaimana pula dengan kemampuan graduan berkomunikasi (memberi pendapat yang bernas, misalnya), mempelajari sesuatu yang baru dan bersifat kaizen? Adakah ini juga dalam kayu ukur yang dimaksudkan sebagai berkualiti? Bagi aku, jika sifat graduan yang berkualiti itu punya kayu ukur yang jelas, maka semua perkara yang bersangkutan akan dibawa ke arah itu dari kursus atau bidang yang ditawarkan di universiti dan kolej hinggalah kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah... Oleh itu, dasar kerajaan harus menjurus ke arah melahirkan graduan yang berkualiti. Namun begitu, perlu diingat dasar kerajaan yang dimaksudkan di sini bukanlah dasar yang dibuat untuk bidang pendidikan sahaja, ia seharusnya merangkumi seluruh sistem dan dasar kerajaan. Kepincangan akan wujud jika hanya satu pihak sahaja yang mahu bertanggungjawab.... Fikir-fikirkanlah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home