PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Friday, September 08, 2006

Mesjid oh mesjid


Aku dah lama tak menulis dalam blog ni. Al Maklumlah aku ni sibuk dan menyibuk! ha ha ha ha... Beberapa hari lalu aku "tersembang" lah dengan dua orang ustaz ni. Sembang dok sembang cerita la pasai masjid. Satu kisah yang menarik adalah kisah orang yang dihalau dek tok siak kerana tidur di masjid. Kata ustaz tu, "entah apa perangai tok siak sorang ni, dia marah orang kok tidur di mesjid. Orang yang guna mesjid selalunya bukan orang qariah situ saje, orang musafir pun ada juga. Orang musafir, pandu kete ... letih, singgah solat, tidur la kejap... hah hok tu yang dia halau!!" Aku kata, saje la JK mesjid tu CERDIK pasai agama la tu. Orang macam ni, tak leh jadi JK tapi ye la, sekarang ni, mesjid pun bole jadi tempat "side-income". Sapa tak nak side-income weh??? Dunia hari ini - dunia serba nak berduit.. Bila ada tempat bole dapat side-income... ish, bodo la kita yang tak nak AMANAH tu. Cuba selidik, cuba teliti, cuba renung, cuba siasat... duit mesjid tempat kariah mu (mu yang dok baca blog aku nih la)... mana pegi nye? Yang telus, kita kena bersyukur sebab masih ada orang yang amanah. Yang huru-hara tu, cuba-cuba la buat sesuatu.... Misalnya, tegur ka orang-orang yang berkenaan. Idak pun, lapor je pada pihak tertentu!!! Dah payah sangat..kan?

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home