PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Tuesday, May 22, 2007

RINDU???

Ada satu perkara yang menganggu fikiran aku. Gangguan yang datang hanya sekali-sekala. Gangguan yang datang bila tetiba ada orang kata dia "rindukan" aku. Ayat-ayat seperti "rindu la... lama tak jumpa!", "eh, aku rindu kat ko", "saje telefon...rinduuu" dan yang sama erti dengan nya. Aku rasa pelik berbaur rasa bersalah. Sebab utama aku rasa begitu adalah kerana .... ishh ... pada kebanyakan masa, aku tidak pulak rindukan mereka. Kalau ada kekawan atau kenalan atau sesiapa datang jumpa aku, dan mengeluarkan kata-kata rindu, perkara pertama yang terlintas di fikiran aku ialah "apasal aku tak rindukan dia sebagaimana dia rindukan aku?" Kemudian aku terfikir apakah mungkin kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini hanyalah kata-kata manusia melayu pabila mereka bersua setelah lama tidak berjumpa. Tapi...aku fikir apakah sebenarnya rasa rindu itu? Dalam kata lain, rindu itu bagaimana? Adakah aku pernah berasa rindu...pada sesiapa?.... ... .... ??? Ada masa ke nak rindu rindu?

Wednesday, May 16, 2007

PENGECUT!!!!!

Hari ni aku mengenali seseorang yang pada mulanya aku sangka hanya manusia biasa yang seharusnya baik hati. Pada aku, kita mesti berbaik sangka dengan manusia yang kita jumpa kali pertama. Tidak bolehlah kita menyangka yang bukan-bukan...yang tidak-tidak...yang boleh membawa kepada dosa. Pada awal perbualan aku dan dia, perbincangan kami hanya berkisar di sekitar IQ, tentang kebijaksanaan dan pengurusan.... Entah macam mana dia boleh membawa perbualannya ke arah 'jantina'. Setahu aku, manusia akan menyebut-yebut apa atau perkara yang dia gemari, cintai atau sukai. Katalah, tok wan suka bola....maka, bola aje lah yang disebutnya....dibincangnya....dikenang-kenang. Maka orang yang aku bincang tadi tu, tidak lah dia mahu dia meninggalkan perbincangannya tentang 'jantina' itu walaupun aku mengugut mahu menyepak dan menendangnya!! Dia kata aku ni PENGECUT sebab tidak mahu masuk ke 'kawasan perbincangan jantina' itu. Pengecut??? Setahu aku, kalau lari dari medan perang... maka itulah PENGECUT... tanah air diceroboh orang, kita biar, lari masuk hutan....ITU PENGECUT.... orang rampas hak kita, kita diam macam orang dungu... itu PENGECUT.... TAPI TIDAK MAHU BUAT DOSA itu pengecut???? Aku ni bodoh ke, orang tu yang bodoh??? Sangat jelaslah dia yang bodoh. Tidak mahu berdosa, PENGECUT?? Buat dosa di akhir zaman ni amat mudah. Online, dah boleh buat dosa. Tengok tv boleh buat dosa. Sembang dengan kawan-kawan boleh buat dosa. Baca buku boleh buat dosa (baca buku lucah la). Yang susah adalah berbuat baik. Nak jadi baik macam GENGGAM BARA API! Nak buat baik macam-macam diuji. Contohnya, kalau bagi perempuan, nak pakai tudung. ... bukankah payah? Kena tahan panas. Kena tahan dikata orang. Nanti jantan tak nak la. Ya la mana lawa kalau pakai tudung. Tak pakai tudung kan lawa....boleh tunjuk rambut yang dah di 'rebonding'. Kalau lelaki pulak, kata la nak solat lima waktu kat mesjid - nak jalan kaki .... jauh.... panas...berpeluh.... minyak motor dah nak habih la ... harga minyak mahal la.... fulus tak dak lah.... Kawan-kawan kutuk alim lah. Sapa tahan beb??? Jadi siapakah yang pengecut? Pembuat makar lah yang pengecut! Berani kita melawan arus perdana sekarang ini yang gemar kepada perkara yang digemari dek nafsu? Beranikah kita mengata TIDAK kepada kehendak orang sekeliling kita yang mengata kita ini ketinggalan zaman kerana kita berpegang kepada agama?? Aku!!! Lebih relalah aku jika dikata aku pengecut di mata manusia daripada aku jadi pengecut pada pandangan Allah !!!! BERTAUBATLAH wahai PENGECUT!!!

Wednesday, May 09, 2007

Pekabo?


Selalunya aku ni tak sempat pun nak menulis. Bila dah tulis pulak, berminggu-minggu baru aku online semula untuk tengok apa dah jadi. Jadinye....bila 'ter'tengok ada 'comment' ... selalunya dah terlambat nak mengomen semula. Maaf ye. Tapi apa lah ya yang nak dikomen semula. Cuma teringat aje muka-muka yang menulis komen. Shida misalnya, kecil kurus gitu, sangat rapuh...pekabo mu? Hadi pula yang asyik pening kepala dulu...err, kita selalu sembang online... Jadi tak de ape la sangat dak? Aku ni macam biasa, macam dulu ... sibuk - sibuk - dan menyibuk!!! Aku sendiri pun rasa kesibukan aku ni MELAMPAUI batas ubi!!! ha ha ha ... Sekarang ni aku sendiri fikir aku lebih sibuk dari dulu. Dulu aku sempat 'menyembang-yembang' dengan mereka yang memerlukan sebuah sembangan!!! Sekarang?? 'Sembang' hanyalah sebuah perkataan. huh!