PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Tuesday, March 13, 2007

Kasut oh kasut!


Semalam aku berjalan-jalan di KL... cari kasut... dalam beribu-ribu pasang kasut yang ada di Times Square, Sungei Wang Plaza dan Jalan TAR .... amatlah payah nak dapat sepasang kasut yang memenuhi sifat ...selesa dan cantik. Akhirnya, aku pilih kasut yang selesa tapi tidak cantik. Selesa adalah sifat yang paling penting bagi aku dalam pemilihan kasut. Cantik itu perkara kedua. Harga tidak penting. Yang aku perhatikan kasut yang murah memang kebanyakannya cantik... tapi selalunya (bukan semua) tidak selesa dan menyakitkan kaki! Kenapa dalam beribu pembuat kasut, tidak ada yang tahu kehendak seorang yang seperti aku? Ya, aku tahu, mereka tidak pernah interview aku... tidak pernah buat soal-selidik... Sebagai pengguna kasut, aku berasa kasut merupakan perkara yang amat payah. Amat payah kerana kaki kita semua berbeza. Silap pakai kasut boleh sakit belakang, sakit kaki!!! Oleh kerana, aku ini mementingkan kaki aku...yang aku akan guna sampai akhir hayat...maka kesakitan kaki perlu dicegah dari berlaku. Maka, pencarian kasut menjadi satu pencarian yang amat payah!

2 Comments:

  • At 11:25 AM , Anonymous Anonymous said...

    hehe...
    klakar gler...
    tp tul ler...
    kne jage kaki..coz kiter nak gne kaki tu sampai mati...kn?kn??
    (hade)

     
  • At 8:44 PM , Blogger simpleshida said...

    wah.. jauh bangat sih.. kok cari kasut sampai kl...hehehe..
    anyway..miss kan suke kasut sport..
    hehhe.. tkenanag kembali zmn smab..
    winduu kat miss ni.....=)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home