PERCEPTION

In strength there is weakness, and in weakness there is strength. Through the passage of time strong becomes weak and weak strong... SUN TZU

Wednesday, October 21, 2009

Citera seorang kenalan


Hari ini aku terserempak dengan seorang kenalan (ya...aku hanya kenal dia, dia bukan kawan aku). Aku sengih je... sebab aku TIDAK SUKA DIA. Oleh sebab semua orang yang baca entri ini ada kemungkinan besar tidak mengenali dia maka aku akan menulis tentang dia. Kawan-kawan yang baca dan kenal dia, bole agak siapa orangnya... harap maklum, perkara ini kutulis untuk dijadikan teladan bagi orang-orang yang berfikir. Kenalan aku ni sangat bercita-cita tinggi dan sangat yakin dia lebih baik daripada orang lain. Orang lain serba tak kena, sentiasa salah dan penuh dengan kelemahan. Jika kita perati ayat-ayat yang keluar dari mulut dia dan tingkah laku dia sehari-hari, kita boleh buat kesimpulan bahawa dia beranggapan dialah satu-satunya makhluk ciptaan Tuhan yang sempurna lagi benar, sentiasa cekap dan tepat. Sikap dia ni selalu makan dirinya sendiri. Seringkali Allah buka tembelang dan pekung dirinya.... hatta hingga memalukan diri kita yang jadi pemerhati. Contoh sekali peristiwa, dia mendakwa dia menjadi orang penting di peringkat negeri. Maka ditegurnya cara kawan aku bertindak... “tak kena dan salah” katanya. “Tak ikut prokotol” dan pelbagai ayat yang menunjukkan dia hebat. Oleh kerana aku ni suka menyibuk, maka aku tanya pada kawan yang sorang lagi tu, “eh you tahu ke you buat apa? Si dia tu kata you buat kerja tak ikut protocol la...kata dia, you patut buat macam .....” Terkejut la kawan aku ni. Rupa-rupanya kawan aku tu dah biasa buat kerja sampai ke kebangsaan dan dah biasa pula dengan cara-cara orang peringkat antarabangsa buat kerja. Maka, dia rujuk pakar protocol yang dia kenal di peringkat kebangsaan. Tidak ada salah. Betul. Dia tanya patut ke dia buat ikut cara si kenalan kami tu ajar... SALAH. Memalukan company je kalau buat cara dia tu. Maka, kami pun tahulah kenalan kitorang tu ada penyakit di dalam dada... iaitu DENGKI dan KHIANAT. Haru biru blues. Banyak lagi kes tapi kalau citer panjang la entri ni. Tapi ada satu perkara, yang aku fikir elok semua tahu iaitu ayatnya yang berbunyi “I am born to be a leader, not a follower..” Ceh! Sangat TIDAK BENAR kenyataan ini sebab dia tidak mempunyai ciri-ciri pemimpin langsung. Tidak ada mesyuarah, tidak ada budi bicara, tidak ada kebijaksanaan, tidak ada hikmah, tidak ada wawasan, tidak ada nilai-nilai diri yang menunjukkan dia seorang pemimpin pun. Tapi sebab gila jawatan, nak tinggi dari orang lain (macam la bende tu boleh bawak mati) dia mendakwa sedemikian rupa. Yang paling aku benci tentang perangai dia ni ialah, dia buruk-burukkan rakan sejawatan sebagai orang-orang yang tidak boleh diharapkan, tidak mempunyai keupayaan membuat kerja, selalu lepas tangan dan hanya mengharapkan dia seorang membuat semua kerja yang diberi!!! Lepas tu, depan boss dia boleh kata,walaupun dia seorang yang buat semua kerja-kerja, pangkat-pangkat ni bagi la pada orang lain, sebab dia tak nak orang kata dia gila jawatan. Merendah diri la konon. APA KATA MAKI HAMUN YANG SESUAI?....YA SEMUA BOLEH GUNA... SILAKAN GUNA!!!! Oleh kerana, boss pun baru kerja di tempat kami, tak dak sapa nak approach boss untuk terangkan hal sebenar. Apa lagi boss pun percaya bulat-bulat cakap dia. Alhamdulllilah ada hari pembalasan. Alhamdulillah juga sekarang ni Allah bayar cash!!! Tapi seperkara, boleh tak aku maki CELAKA PUNYA BETINA...!!!! Bole kot... sebab perangai dia memang mencelakakan bukan sahaja diri dia, tapi juga orang-orang yang bekerja dengan dia ....

Tuesday, October 20, 2009

Nasib pompuan bekerja


Sembang semalam tak habis lagi. Persoalan yang ditimbulkan, kenapa perempuan yang bekerja “perlu” berkongsi pendapatan tetapi tidak berkongsi tugas dan tanggungjawab rumahtangga? Persoalan ini timbul dalam kebanyakan rumahtangga orang-orang kita sekarang ini. (ULANG – KEBANYAKAN...) Perempuan keja, laki pun keja. Tapi balik keja, si suami bole lepak-lepak baca surat khabar. Order itu ini.... nak makan itu ini, nak dilayan. Buat sendiri tak boleh? Opps, penat katanya. Habih, yang pompuan ni tak penat? Anak-anak perlu dilayan juga kerenahnya. Itu tanggungjawab isteri katanya. Betul tu... tapi yang si lelaki tu bole ke tanggung kewangan keluarga sorang diri... dan suruh bini dok rumah, jaga anak, jaga makan pakai sekeluarga? Yang laki baguih tu, huh... tabik beb. Yang nak jadi ahli neraka tu, buat bini dia serupa macam hamba....dak pun lembu! Tenaga pompuan tu diperah tak henti-henti. Duit bini jadi duit laki. Duit laki, duit laki la. Kerja kat tempat kerja kena buat, kerja kat rumah kena buat juga. Laki buat kerja kat tempat kerja, kat rumah – nak rilek la. Apa hal kerja-kerja pulak nih... kan tu kerja pompuan??? Ceh... lupa MATI ke gamaknya?! Opps lupa la pulak, nak jadi ahli neraka kena la lupa hal mati! Lantak la hak bini tu dicarik-carik. Nanti akhirat baru cerita....

Monday, October 19, 2009

Kisah pompuan 1


Hari ini aku sembang dengan kawan baik aku tentang nasib perempuan. Dia dah lama suruh aku menulis tentang perkara ni. Ya... aku akui aku MALAS. Tapi sejak aku tengok-tengok keliling aku makin menjadi-jadi masalah yang dihadapi oleh perempuan, aku fikir baik aku mula tulis sikit-sikit hal ni. Yang pertama aku perati, perempuan sebelum berkahwin kebanyakannya (ULANG – KEBANYAKAN) gembira dan ceria. Lepas berkahwin, aduh... payah nak kata. Ada yang sudah makan nasi berulamkan jantung (walaupun setengah orang kata, makan ulam jantung pisang tuh sedap) walaupun baru kawin 3 – 4 bulan. Satu kes benar yang sampai ke pengetahuan aku, sorang pompuan ni kawin dengan lelaki yang mak lelaki tu tak suka kat dia (mak mentua tak suka la). Mak metua tak suka tu dah satu kes. Jadinya, belum kawin dah macam-macam lelaki tu “demand” ubah rupa dan gaya supaya memenuhi criteria yang mak dia suka...Nape kena tukar karekter? Tak ke itu hipokrit namanya? Tapi yah... kata orang cinta punya pasal, jadi hipokrit pun tak pe lah. Kena berstokin la, tudung labuh la., nyaris tak tutup muka je!!! Opps tukar jadi baik la member kita nih. Tapi, kalau mak mentua yang dah tak suka kat kita tu tahu kita ni berpura-pura depan dia, tak ke haru bila dia dah tahu hal sebenarnya nanti?? (ya... aku tahu... pandai2 la cover.. ceh... dasar munafik memang macam tuh) Anyway, aku fikir sebab keluarga lelaki tu “alim” maka tak kisah sangat la jadi munafik. Pun begitu, lain pulak jadinya bila dah kawin, lelaki yang maknya alim tu suruh pompuan ni beli kereta, guna nama pompuan ni. Pompuan ni jugak bayar bulan-bulan. Oleh kerana pompuan tu kerja negeri lain (weekend wife la dia ni) hujung minggu balik negeri lelaki tu naik bas sebab laki dia nak guna kereta pergi kerja. Yang pompuan ni, tiap-tiap hari tumpang la kereta orang untuk pergi kerja. Hujung minggu balik kampong lelaki ni, naik la bas. BAGUS KAN??? Bila balik tiap minggu, sesekali dia bawak la kereta... fuh... drama menarik, mak metua marah sebab berani guna kereta anak dia??? EH??? Heran sapa punya kereta ya? Apa hal nih?

Tuesday, October 13, 2009

Hal Perempuan

Sudah lama aku perhatikan. Lelaki memang suka bercakap hal perempuan. Dari benda sulit-sulit hinggalah ke perkara tak sulit langsung. Malah, lelaki yang ada "kuasa" pun, mahu tak mahu terpaksa bercakap-cakap hal perempuan. Contoh terbaru, hal pakaian perempuan di al-Azhar. Diorang cadang nak buat pembaharuan... suruh perempuan bukak muka. Tak yah tutup sampai ke mata. Kesian jadi perempuan. Kenapa nak pakai apa pun kena ditentukan oleh lelaki? Perempuan-perempuan nak tutup muka ke, tak tutup muka ke... apahal lelaki-lelaki tu nak sibuk-sibuk??? Kalau perempuan selesa tutup, biar la dia tutup. Kalau dia rasa nak buka muka, biar dia buka. Perempuan ada hak untuk menentukan cara pakaian dia sendiri. Asal saja dia tahu apa yang Allah dan Rasullullah perintahkan. Dah tak de kerja lain yang lebih berfaedah ke? Hal Palestin ke, hal Kashmir ke, hal Afghanistan ke...bukan kah itu lebih penting? Baju pompuan pun nak jaga juga ke? Masalah yang paling besar yang aku perati dalam hal ini ialah... pompuan-pompuan tu TIDAK menimbulkan masalah besar dalam masyarakat al-Azhar pun. Aman damai selama ini. Agaknya aku ni melampau kalau aku kata ini memang dasar lelaki yang tak dak PIKIRAN LAIN KECUALI HAL celah kangkang! Cuba buat keje yang berfaedah sikit... boleh???