Cool dan giler!
Hari ini aku diberitahu seorang rakan sejawatan ditimpa musibah. Rumahnya dimasuki orang. Kata lain, pecah masuk. Pukul 3.00 pagi. Dia kena ikat. Duit RM200/=. Telefon bimbit....3 buah. Dia kena cuti sehari.... menyelesaikan masalah. Bukan rumah dia sahaja yang kena masuk. Ada rumah lain juga yang dipecah masuk. Aku fikir (yang semua orang pun sudah maklum) tiada lagi keselamatan di dunia ini....hatta rumah sendiri. Aku kesal. Inilah padah bila hukum Allah diketepikan. Allah Maha Tahu yang baik untuk manusia, tapi manusia berpaling sombong mengatakan diri sendiri lebih tahu apa yang baik untuk dirinya. Itulah lazim orang bodoh sombong. Maka, kita lihat dunia semakin huru hara dek kecerdikan manusia yang serba tahu itu. Manusia semakin hilang kemanusiaannya. Paling parah, barangsiapa yang berbuat baik akan dipandang hina... (apa barang beb... skema!!!) Buat jahat dikatakan COOL!!! Walau cool itu menghancurkan diri, memusnahkan kemanusiaan.... tapi apa sih! COOL Giler!!! Yah....ini kan akhir zaman....kiamat sudah dekat. Dunia sudah terbalik. Amatlah perlu menjadi orang giler di zaman akhir ini untuk digelar cool oleh manusia lain yang sama giler! Jadi, kalau aku mahu jadi orang yang COOL, aku perlu jadi giler macam orang lain. Eh, berbaloi ke jadi orang giler?